Aku menerima panggilan dari adik pertamaku..
Setelah aku offkan panggilan air mata aku mencurah2 membasahi bumi..
aku mengigil ibarat terkena kejutan elektrik..
perkara yang aku takut dalam hidupku akhirnya berlaku jua..
Tangga 5.2.2012 aku "kehilangan" adik keduaku kerana dia telah terlibat dalam nahas jalan raya..
sudah ditakdirkan adikku pergi..
aku redha walaupun hati berat melepaskan dia.
hanya Allah yang tahu kesedihan aku pada masa tu..
Aku kaku dan layu seperti jiwaku hilang dari jasadku..
Aku hanya mampu menitiskan airmata dan menyesali dengan masa laluku bersama dia..
Aku menjadi ralat dengan apa yang terjadi..
Tidak ku sangka adikku pergi dulu sebelumku..
Baru sahaja kami mahu mengenali satu sama lain dengan lebih rapat..
Allah telah mengambil apa yang dipinjamkan kepadaku terlebih awal..
Aku bersyukur diberikan masa selama 17 tahun untuk mengenali adikku walaupun 17 tahun hanyalah masa yang singkat tetapi kenangan aku dan dia tetap akan ku kenang dan abadikan dlm kamus hidupku..
Aku tak pernah lupakan dia dalam hidupku..
Nama dia akan ku semat dan tanam dalam2 di hatiku..
Kini hanya doa mampu menghubungkan aku dengannya..





